Saturday, 13 December 2014

TAMAN TUMBINA,BINTULU SARAWAK....















  




 


Taman Tumbina amat terkenal di Bintulu. Taman Tumbina menjadi tumpuan pelancong serta penduduk tempatan pada hujung minggu dan ia juga mempunyai keunikannya tersendiri. Taman Tumbina juga pernah dikenali sebagai :


· Mini Zoo ( Tahun 1990 – 1991 )

· Taman Burung ( Pertengahan Tahun 1991 )

· Taman Hidupan Liar ( Hujung Tahun 1991 – 1993 )

· Taman Tumbina Bintulu ( Sejak 1993 )


Taman Tumbina Bintulu ialah integrasi sebuah taman tumbuhan dengan sebuah taman haiwan. Perkataan TUMBINA ialah gabungan perkataan TUMbuhan dan BINAtang. Dari segi sejarahnya ia pernah dikenali dengan nama Mini Zoo, Taman Burung dan Taman Hidupan Liar sebelum ia secara rasminya di namakan dengan nama Taman Tumbina pada 2 Ogos 1991. Ia yang menyediakan satu imbasan kepelbagaian flora dan fauna Sarawak serta merupakan satu warisan dengaan nilai-nilai pendidikan dan rekreasi untuk para pelawat daripada semua lapisan masyarakat.

Taman ini mempunyai keluasan kira-kira 57 hektar merangkumai satu kawasan yang berbukit bukau. Kedudukannya sangat strategik iaitu berhampiran dengan Laut China Selatan (Tanjung Batu) di antara Pusat Bandar Bintulu dan kawasan perindustrian Kidurong membolehkan kita menikmati keindahan Bintulu secara keseluruhan.


Taman ini mengenakan bayaran sebanyak RM2.00 menyediakan banyak kawasan untuk dilawati seperti Koleksi Orkid, Taman Kaktus, Taman Paku-pakis, Taman Palma, Bukit Bunga Kertas, Alam Kelebar (Taman Rama-Rama), Taman Buah-buahan, Kawasan Beruang, Kawasan Harimau, Komplek Reptilia, Kawasan Burung Unta, Koleksi Enggang dan Bukit Rusa. Landskap di sini memang indah dan bersih namun dari segi penyelenggaraannya sangat daif.


Kelihatan pokok-pokok orkid tidak mengeluarkan bunga dan hidup segan mati pun tidak mahu. Di Alam Kelebar aku terpaksa menggunakan teropong mencari dimanakah rama-rama berada dan cuma berjaya menangkap gambar setelah menjadi patung di sebelah pokok jejarum. 



Namun pengunjung boleh berpuas hati dengan Taman Reptilia, Taman Burung dan Koleksi Enggang kerana terdapat banyak bilangan binatang di situ








No comments:

Post a Comment