Saturday, 13 December 2014

PENANAMAN SAYUR-SAYURAN SECARA HIDROPONIK


       


Menanam Sayur-Sayuran secara Hidroponik

1.  Satu kaedah menanam sayur tanpa tanah sebagai medium sebaliknya  menggunakan air sahaja.
2. Air tersebut dilarutkan dengan nutrien dan mineral sebelum disalurkan kepada tanaman.



Kebaikan tanaman Hidroponik:

  • Bersih.suci dan selamat
  • Mesra alam
  • Mudah dikendalikan
  • Menjimatkan kos
  • Meningkatkan hasil
  • Menambahkan jangka hayat tanaman
  • Mengawal serangga
  • Digunakan secara meluas dinegara maju dan terbukti berkesan.
Jenis-jenis sayuran yang sesuai:

a)Sayuran jangka pendek 
- sayuran berdaun seperti sawi,bayam,kailan dan kubis

-sayuran jenis berbuah seperti timun,tomato,terung dan cili

-Tanaman ulaman seperti pegaga,pudina dan ulam raja.


Terdapat pelbagai jenis penanaman secara hidroponik:

1.Antaranya ialah
-Sistem Hidroponik Kultur Air Takung (KAT)
-Hidroponik Kultur Air Dalam
-Hidroponik Kultur Aeroponik

2.Perbezaan ketara antara aeroponik dan hidroponik adalah dari segi kos dan juga perlaksanaanya.Aeroponik memerlukan kos yang tinggi.Ini adalah disebabkan alatan yang digunakan termasuk pam dan palong berteknologi tinggi.Manakala hidroponik adalah asas kepada aeroponik hanya memerlukan kos yang rendah tanpa kos pam dan palong.

3.Kaedah hidroponik adalah salah satu cara tanaman yang paling senang,murah dan juga mudah dilaksanakan.Ia boleh dijadikan sebagai hobi atau dibuat secara besar-besaran.Sistem ini boleh memberi hasil yang lumayan kepada petani-petani dan juga suri rumah.




Fungsi bahagia-bahagian Takung Hidroponik..



1.Takung hidroponik
-Dibuat daripada plastik atau gentian kaca(fIbre glass)

-Untuk menakung larutan nutrien atau larutan baja bagi tanaman hidroponik.


2.Penutup takung


-Untuk menutup takung yang bertindak sebagai pelindung daripada cahaya matahari,air hujan dan kotoran.

-Pada bahagian penutup terdapat lubang untuk menempatkan cawan atau bakul medium.

-Dibuat daripada bahan polisterina


3.Cawan
-Dibuat daripada plastik

-Bekas untuk mengisi medium dan biji benih tanaman hidroponik

4.Medium semaian


-Bahan-bahan seperti benang,span,atau kapas digunakan sebagai medium

-Medium akan menyerap air dan larutan nutrien untuk dibekalkan kepada biji benih atau sayuran yang ditanam.

-Berfungsi sebagai medium percambahan biji benih

5.Baja hidroponik.



-Untuk membekalkan larutan nutrien sebagai makanan sayuran yang ditanam.


Memasang bahagian-bahagian takung hidroponik.

1.Masukkan medium(benang) kedalam cawan medium.Tarik medium supaya terjuntai ke bahagian bawah cawan.





2.Masukkan cawan yang bermedium kedalam lubang pada penutup takung.





3.Isikan air kedalam takung sehingga 3/4 bahagian.Kemudian,campurkan larutan baja hidroponik




4.Tutup takung yang telah disikan air dan larutan baja hidroponik dengan penutup takung

Cara-cara menyemai biji benih



  1. Celup dan basahkan medium sebelum menyemai biji benih.
  2. Masukkan tiga atau empat biji benih sayuran kedalam setiap cawan.
  3. Tutup cawan dengan surat khabar selama tiga hari hingga lima hari.Elakkan daripada pancaran cahaya matahari supaya lumut tidak dapat tumbuh pada benang dan cawan
  4. Biarkan biji benih bercambah dan tumbuh didalam cawan.biji benih yang bersaiz kecil seperti sawi dan bayam lebih cepat bercambah.
  5. Setelah biji benih bercambah sepenuhnya,buang penutup surat khabar tersebut.
  6. Siram anak benih sekadar perlu pada awal pagi
  7. Pindahkan anak benih yang sihat ke dalam takung ketika berumur tujuh hingga 10 hari dan mempunyai tiga hingga empat helai daun.
  8. Pindahkan anak benih ke takung pada awal pagi atau petang.












No comments:

Post a Comment