Saturday, 13 December 2014

KAEDAH TUT TERKINI

Saya hendak  kongsi  dengan ramai orang tentang  inovasi baru dalam  pembiakan  tanaman  KAEDAH TUT.


Tujuannya nak betulkan kaedah atau teknik sebelum ini mungkin salah faham menyebabkan peratusan kejayaan rendah. Di antara factor dikenalpasti mengapa TUT kurang menjadi ialah:


1. Media lembap atau terlalu lembap - sebab media nak di kepal


2. Ikat dibahagian tengah balutan longgar - hanya ikat di dua hujung kepalan atau balutan sahaja


3. Buat kelaran atau kikisan cambium tidak sempurna


4. Pilih dahan terlalu muda atau kecil


5. Memang tak mahir nak buat - asal buat je...


Proses kerja mengeTUT dahan tanaman sebelum ini:


1. Pilih pokok


2. Pilih dahan


3. Buat kelaran


4. Kikis cambium


5. Buat campuran media perakaran


6. Membalut media pada kelaran yg dibuat


Saya kenalkan kaedah terkini, ciptaan SENDIRI


1.Tak perlu kelar


2.Tak perlu kikis


3.Tak payah buat campuran medium


4.Tak payah lembapkan media


HANYA CERUT KUAT GUNA DAWAI HALUS MENGGUNAKAN PLAYAR KECIL, BALUT CERUTAN TERSEBUT MENGGUNAKAN MEDIUM KERING ATAU PEATMOSS. BALUTAN MENGGUNAKAN ALAT KHAS (TEK-TUT AKM) DAN PLASTIK JERNIH.  Insyaallah, lebih pantas, lebih mudah, lebih tinggi peratus kejayaan (90 - 100%). 























Disini disertakan beberapa gambar mengenai kaedah tut untuk sesiapa membuat rujukan...


No comments:

Post a Comment